Teknik DLSR

Teknik DLSR

Story OF DLSR

Breaking

Thursday, 19 April 2018

Kesilapan Banggang Dalam Fotografi

07:00 0
Kesilapan Banggang Dalam Fotografi

Kesilapan Banggang Dalam Fotografi
Salam satu blogger. Hari ini aku membuat satu kesilapan paling banggang dan tidak patut berlaku pada pada seorang fotografer.

Hari ini aku datang awal ke majlis perkahwinan sepupu aku semata-mata nak meluahkan excited dah lama tak ambil gambar perkahwinan.

Apabila tiba waktu bersanding, aku pun keluarkan kamera aku dan mulalah mengetik. Post-post yang aku ambil memang ngam sebab aku ikut belakang kameraman majlis perkahwinan tu..hehehehe.

Masa aku sedang mengetik, tiba-tiba aku lihat kat LCD tu tertulis 'no card". Punyalah terperanjat aku rupanya aku lupa nak masukkan balik memori kad kamera aku yang aku letak kat PC rumah aku.

Aku sebenarnya ada 3 memori cad tetapi aku letak kat bag lain pula. Punyalah frust aku dan terus aku masukkan kamera aku ke dalam bag dan keluarkan handphone dan mula mengambil gambar dengan hati yang amat sakit hati terhadap diri sendiri....hihihihihi.

Inilah kesilapan yang paling tak wajar dilakukan oleh seoramg fotografer.

Aku juga pernah buat  satu lagi kesilapan dalam bidang fotografi iaitu lupa nak bawa charger kamera masa pergi ke Langkawi. Rupa-rupanya setelah balik ke rumah, charger tu kat belakang zip bag kamera....huhuhuhuh.

Gambar kat atas tu aku ambil pakai handphone sambil touch dengan edit...huhuhuhuh.
Aku memang cukup sedih sekarang ini....

Wednesday, 18 April 2018

Spesifikasi Nikon D90

07:00 0
Spesifikasi Nikon D90
Spesifikasi Nikon D90



Semalam baru aku beli sebuah lagi kamera DLSR. Kali ini aku beli brand Nikon pula iaitu D90. Dulu aku pakai kamera Canon 1000D yang telah memberi banyak budi kepada aku. Cuma kali ini aku nak test Nikon pula dan DLSR D90 ini semestinya lagi baik dari Canon 1000D.

Bagi seorang fotografi cabarannya apabila kita dah lama ambil gambar ini, kelemahannya ialah apabila kamera kita dah tak boleh dapat apa yang kita nak.

Sebagai contoh Canon 100D aku ISO maksima 1200 ajer..padahal jika aku dapat ISO yang lagi tinggi lagi baik. Tetapi itu alasan ler..sebab kita boleh main Shutter Speed atau aperture tetapi banyak kerja kau kena buat lerrr....hehehehehe.


Tapi nasihat aku sebagai pemula fotografer adalah lebih baik beli yang murah dulu sebab dari situ kita akan belajar struggle nak mendapatkan hasil seperti kamera mahal. Untuk pengalaman aku itu semua tidak mustahil kerana dari situ kia akan belajar teknik memaksimakan kamera kita.

Lagi satu aku yakin, pengaruh lensa memainkan peranan penting dalam fotografi. Kalau kau ada lensa 18-250 f.2.8, celah jari ajer kau dapat ambil gambar yang awesome punya!!!

  • Desain yang kokoh dan Grip yang nyaman.
  • Dilengkapi dengan Layar LCD seluas 3 inci dengan 921.000 dot.
  • Built-in Image Sensor Cleaning.
  • Sensor CMOS DX-format beresolusi 12.3 Megapixel.
  • Prosessor pengolahan gambar EXPEED.
  • ISO Normal 100 – 6400.
  • Memiliki Sistem Autofokus hingga 11 titik AF.
  • Active D-Lighting.
  • Nikon 3D Color Matrix Metering II.




BRANDNikon
RESOLUTION4288 x 2848
EFFECTIVE PIXELS12,3megapixels
SENSOR SIZEAPS-C (23.6 x 15.8 mm)
ISOAuto, 200 - 3200 (plus 6400 with boost)
LENS MOUNTNikon F mount
LCD SIZE3"
LCD DOTS920,000
LIVE VIEWYes
MINIMUM SHUTTER SPEED30sec
MAXIMUM SHUTTER SPEED1/4000sec
BUILT IN FLASHYes (pop-up)
CONTINOUS DRIVEYes (4.5 fps(CH) or 1-4 fps(CL))
VIDEO FORMATMotion JPEG
VIDEO RESOLUTION1280 x 720 (24 fps), 640 x 424 (24 fps), 320 x 216 (24 fps)
STORAGESD/SDHC
BATTERY TYPELithium-Ion EN-EL3e rechargeable battery & charger
WEIGHT703g (1,55lb/24,80oz)